Monday, February 18, 2013

SEMPORNA - DAERAH RUMPAI LAUT SABAH


Semporna adalah sebuah daerah yang dikelilingi oleh air dan dihubungkan dengan tanah besar Sabah melalui sebuah jambatan. Ini bermakna Semporna adalah sebuah pulau. Penduduk peribumi Daerah Semporna ialah daripada sukukaum Bajau yang terkenal sebagai penjana hasil laut di Sabah.



Pada ketika ini, Daerah Semporna terkenal dengan hasil pengeluaran rumpai laut sebagai sumber kalogen utama kepada rakyat Sabah. Rumpai laut yang dihasilkan adalah berkualiti tinggi kerana Semporna mempunyai kawasan perairan yang bersih, tidak tercemar, dan mempinyai terumbu karang yang membekalkan zat yang baik untuk pertumbuhan rumpai laut yang berkualiti secara semula jadi.

Pengkulkturan Rumpai laut menjadi sumber pendapatan suku kaum Bajau Semporna. Dengan adanya bantuan daripada kerajaan seperti bantuan khidmat nasihat serta teknikal, pengkulturan rumpai laut telah menjadi aktiviti yang popular dan semakin diminati oleh penduduk Semporna tanpa mengira kumpulan umur dan bangsa.

Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan Rumpai Laut Semporna dengan harga yang murah sila hubungi Addie Dahi di talian 013-5400929.

No comments:

Post a Comment